Minggu, 13 Januari 2013

Super Sunday: MU vs Liverpool

"(Ia sesuatu yang) amat menyakitkan untuk melihat Manchester United (MU) terlalu jauh di depan."

Demikian pandangan Pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang akan mengemudi pasukannya yang bakal bertemu Manchester City malam ini (waktu Malaysia).

Dua perlawanan Super Sunday pastinya akan menghiburkan peminat-peminat Liga Perdana Inggeris (EPL).

Arsenal menerima kunjungan City pada jam 11.55 malam. Dua jam sebelum itu, MU akan menerima kedatangan Liverpool.

"Kamu tahu apabila kami menjual Robin van Persie kepada United, perkara itu akan terjadi.

"Dia salah seorang penyerang terbaik di dunia. Dia menjaringkan 30 gol buat kami dalam liga tahun lalu," kata Wenger.

MU kini mendahului saingan EPL dengan 52 mata. Ia diekori City yang ketinggalan tujuh mata setakat ini.

Arsenal di tangga keenam dengan 34 mata manakala di tempat kelapan dengan 31 mata.

Kecuali Arsenal, MU, City dan Liverpool telah menyempurnakan 21 perlawanan musim ini.

Kata Wenger, "menang menentang City akan meningkatkan keyakinan dalam pasukan."

"Kejuaraan nampak jauh, namun kami tidak boleh berputus asa," katanya lagi.

Dalam pada itu, Pengurus City, Roberto Mancini dipetik berkata, beliau mahu pemainnya menewaskan Arsenal untuk mengekalkan mahkota yang dirampas buat julung kali dalam empat dekad musim lalu.

Skuad bimbingan Mancini akan berkunjung ke utara London malm ini (waktu Malaysia).

Keputusan hari ini akan mengetahui sama ada ia akan ketinggalan 10 mata di belakang MU.

Pertemuan City-Arsenal di Stadium Emirates manakala MU-Liverpool di Old Trafford.

"Untuk bermain menentang Arsenal di London adalah amat sukar kerana mereka bermain amat baik," kata Mancini sambil menambah, "sudah banyak tahun kami tidak menang di sana."

""Namun, kami banyak berubah tahun lalu dan ini adalah masanya untuk mengubah situasi itu," katanya lagi.

Persembahan menurun City meningkatkan persoalan mengenai masa depan Mancini dan pengendali kelahiran Itali bakal terys berdepan kritikan seandainya kelab bimbingan beliau gagal mencatat kemenangan dalam pertemuan dengan MU.

Begitupun Mancini terus meletakkan keyakinan kepada pasukan mahalnya yang dikatakan memiliki kualiti dan semangat yang cukup untuk mengatasi MU.

"Tujuh mata terlalu banyak buat saya ketika ini kerana saya fikir kami tidak layak untuk ketinggalan tujuh mata," kata Mancini lagi.

City ada 17 perlawanan lagi untuk disempurnakan.

Sementara itu, MU dalam usaha mengejar mahkota yang dirampas City tahun lalu mahu memberi tumpuan sepenuhnya ke atas bintang Liverpool, Luis Suarez.

Pengurus MU, Alex Ferguson dikatakan mahu pengadil perlawanan Howard Webb memantau gerak-geri Suarez.

Van Persie yang berhijrah dari Arsenal dengan fi RM116.8 juta mahu rakan sepasukannya tidak terbawa-bawa dengan kelebihan tujuh mata sekarang.

"Kami masih perlu mengharungi separuh lagi liga dengan semua pasukan sekali lagi," katanya.

Dia menambah: "Mereka pasukan yang hebat dan ada harinya, mereka boleh memberikan kami perlawanan yang sukar."

Itu hakikatnya! Liverpool kadangkala mengalami kekalahan kepada pasukan kurang kuat tetapi mampu memberi saingan sengit dalam perlawanan membabitkan pasukan gergasi seperti MU.

Apapun MU turun dengan misi mahu mengutip tiga mata penuh.

sinar harian



0 komentar:

Posting Komentar


Top