Selasa, 15 Januari 2013

Seorang perempuan tukang cuci mencuri sebuah kereta api

Inilah kereta api yang dibawa lari seorang perempuan tukang cuci yang kemudian merempuh sebuah rumah di Stockholm, Sweden

Mengemudikan kenderaan apapun jika tidak memiliki kemahiran sangat berbahaya. Apalagi jika yang dikemudikan adalah sebuah kereta api.

Seorang perempuan yang bekerja sebagai tukang cuci telah mencuri sebuah kereta api komuter yang kosong. pada hari selasa 15.1.13. Namun disebabkan tidak mahir memandu kereta api ianya berakhir dengan tragedi apabila dia gagal menghentikan kereta api itu dan akhirnya terbabas lalu merempuh sebuah rumah tiga tingkat di Stockholm, Sweden.

"Keadaan perempuan itu serius namun stabil," kata jurucakap polis Stockholm, Lars Bystroem.

Polis kemudian menahan perempuan tersebut dengan tuduhan merosak harta awam yang boleh dihukum penjara lapan tahun jika disabitkan kesalahan

Tiada kecederaan penghuni rumah dilaporkan akibat pelanggaran itu. Ketika ini, polis masih menyiasat kenapa perempuan itu melarikan sebuah kereta api dari depoh.

"Kereta api itu hancur," kata jurucakap Badan Pengangkutan awam Stockholm, Jesper Petterson.

Perempuan yang belum diumumkan identitinya itu melarikan kereta api itu dengan kelajuan 80 kilometer per jam. Kereta api itu keluar relnya setelah tidak berhenti ketika tiba di akhir landasan. Kereta api itu terseret 25 meter di atas salji, sebelum menghentam rumah dan berhenti.

Perempuan itu yang dilahirkan pada 1990, telah bekerja selama beberapa bulan untuk syarikat kebersihan yang diberi kontrak oleh pengelola kereta api komuter Stockholm, Arriva.

"Mengemudikan kereta api memang "mudah" jika seseorang memiliki kunci," kata jurucakap Arriva, Tomas Hedenius.

kompas.com



0 komentar:

Posting Komentar


Top