Minggu, 20 Januari 2013

Kenapa cimpanzi makan tanah?

CIMPANZI makan benda-benda yang kotor seperti tanah. Ia telah diketahui sejak bertahun-tahun lalu.

Ketika makanannya dilihat menjijikkan, kajian menunjukkan alasan mengapa mereka menikmati tanah. Ini kerana ia memperbaiki kesihatan binatang tersebut.

Dengan mengkaji sampel tanah yang dimakan oleh cimpanzi di Kibale National Park di Uganda, sebuah kumpulan pengkaji yang diketuai oleh Sabrina Krief dari Muzium Negara d'Histoire Naturelle di Paris mendapati bahawa makan tanah bersama-sama dengan sajiannya meningkatkan kandungan antimalaria pada tumbuhan yang dimakan.

Krief telah mengumpulkan tanah bersama daun-daun Trichilia rubescens yang dimakan oleh seekor cimpanzi. Wanita itu mendapati , apabila tumbuhan itu sahaja dimakan, daun itu tidak memberi sebarang efek perubatan, tetapi apabila dicampurkan dengan tanah, terbentuk satu campuran antimalaria yang amat jelas.

Saintis sebelum ini menjangkakan haiwan itu mungkin makan benda-benda kotor apabila ia tertekan atau mendapatkan sumber mineral. Hasil kajian terbaru ini merupakan cadangan pertama bahawa tanah apabila dicampurkan dengan makanan boleh membawa faedah kesihatan, kata Krief.

"Ia merupakan campuran yang boleh memberikan faedah dan ia adalah suatu yang baru," katanya kepada LiveScience.

Krief juga membandingkan tanah yang dimakan oleh cimpanzi dan yang digunakan oleh masyarakat berdekatan untuk merawat cirit-birit. Sampel-sampel ini dilihat mempunyai banyak persamaan.

Kajian tersebut telah disiarkan dalam jurnal Naturwissenschaften.

kosmo



0 komentar:

Posting Komentar


Top