Kamis, 17 Januari 2013

Jozan juara MLM malam ini?


Mungkinkah pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega (MLM) yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru malam ini bakal menobatkan kumpulan Jozan sebagai juara?

Ramai berpendapat, Jozan yang dianggotai oleh Johan dan Zizan Razak mampu mengetepikan pesaing lain iaitu Jambu, Shiro, Saywho dan Boboi berikutan persembahan menarik dan kreatif yang ditampilkan setiap minggu.

Biarpun sejak minggu kelapan, Jozan hanya diwakili oleh Zizan kerana Johan dinasihatkan berehat selepas menjalani pembedahan, namun persembahannya tetap mendapat sambutan hangat daripada penonton.

Apa pun untuk pertandingan akhir ini, Jozan perlu mengekal kedudukan teratas kerana kesilapan kecil boleh menyebabkan kumpulan tersebut tunduk kepada kumpulan lain terutama Jambu yang mengekori rapat sejak minggu pertama.

utusan



0 komentar:

Posting Komentar


Top