Sabtu, 12 Januari 2013

Jackie Chan kata AS negara paling korup di dunia


Aktor Hong Kong, Jackie Chan, muncul dengan satu kenyataan kontroversi. komentarnya di tv China, yang kemudian ditulis seorang blogger Amerika Syarikat, yang membuatkan negara itu berang. Ia menyebut Amerika Syarikat sebagai negara terkorup di dunia.

"Ketika Anda berbicara tentang korupsi di seluruh dunia, adakah Amerika Syarikat korup? Itu negara terkorup di seluruh dunia!" kata bintang Rush Hour ini pada Phoenix TV bulan lalu.

Chan menegaskan kembali pandangannya setelah pengacara bertanya kembali padanya soal pendapatnya.

"Oh, tentu saja! Dari mana kerosakan besar di dunia berasal? Amerika Syarikat memulainya," kata Chan, merujuk pada krisis kewangan dunia.

Jackie Chan juga mengatakan, China merupakan negara yang relatif muda, di mana pada separuh pertama sejarah, negara itu "diganggu oleh begitu banyak orang", dan bahawa mereka mencapai "keberhasilan nyata" dalam dekad terakhir.

Komentarnya segera ditangkap oleh Max Fisher, seorang blogger urusan luar negeri di Washington Post, yang menyebutnya beretorika "anti-Amerika".

"Pandangannya merefleksikan sikap orang Cina pada umumnya tentang Amerika, boleh jadi kerana sikap bangga pada negaranya, tapi kadang-kadang kerana merasa tidak aman," kata Fisher.

Dalam wawancara yang sama, ia mengatakan bahawa ia diganggu oleh "mafia" Hong Kong dan harus bersembunyi di Amerika Syarikat. Dia juga mengatakan perlu membawa senjata setiap hari untuk melindungi dirinya sendiri.

tempo.co



0 komentar:

Posting Komentar


Top