Minggu, 20 Januari 2013

Iran gantung dua perompak di khalayak ramai hari ini


Iran menggantung dua perompak pada hari ini, Ahad 20 Januari 2013. Agensi berita ISNA melaporkan kedua pesalah digantung pada pukul 06.30 pagi waktu tempatan di ibu kota Teheran. Hukuman ini disaksikan oleh orang ramai yang berjumlah sekitar 300 orang.

Alireza Mafiha dan Mohammad Ali Sorouri, keduanya berusia di bawah 24 tahun, terbukti bersalah melakukan Moharebeh atau rompakan bersenjata. Mengikut undang-undang Iran, rompakan dengan senjata tajam boleh hukum mati.

Manakala dua rakan mereka yang bersubahat dihukum penjara 10 tahun, 74 sebatan dan lima tahun dalam buangan

Bukti bahawa keduanya terlibat dalam perompakan terpampang dalam sebuah video yang dimuat naik di laman YouTube pada 6 Desember lalu. Keduanya mengancam dan merompak seorang lelaki di jalan kota Teheran dengan satu senjata tajam. Keduanya ditangkap setelah video tersebut tersebar luas, termasuk di televisyen kerajaan.

 Lembaga hak asasi manusia, Amnesty International mengutuk penggantungan keduanya.

Menyusul serangan itu, badan kehakiman Iran berjanji akan memberikan hukuman maksimal terhadap para penjenayah tersebut. Iran merupakan salah satu negara selain Arab Saudi, China dan Amerika Syarikat yang paling banyak menerapkan hukuman mati.

tempo.com



0 komentar:

Posting Komentar


Top