Kamis, 10 Januari 2013

Geng Susu muncul kembali

Gelagat ahli Geng Susu dikesan melalui rakaman CCTV di sebuah kedai serbaneka di Segamat, kelmarin.

Segamat: Sindiket Geng Susu kembali aktif apabila menjadikan sebuah kedai serbaneka, di sini, sebagai sasaran.

Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, 11 ahli Geng Susu termasuk sembilan daripadanya wanita yang memakai pakaian mengandung berpurdah dan berbaju kurung dikesan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) mencuri di pasar raya terbabit.

Jurujual kedai serbaneka itu, Aini Rahman, 22, berkata dia hairan kerana ketika bertugas didatangi sekumpulan wanita mengandung.Saya sangka mereka dari mana-mana persatuan atau badan bukan kerajaan (NGO). Mereka berpecah kepada beberapa kumpulan kecil dan memasuki lorong rak pameran pelbagai produk barangan susu tepung berjenama.

Saya juga terdengar percakapan salah seorang wanita terbabit kepada rakannya yang mengatakan aku mengandung dua bulan, kau lapan bulan, kau kena ambil lebih sedikit dalam loghat asing, katanya.

Katanya, pada masa sama ada tiga lelaki yang bersama kumpulan itu mundar-mandir seperti cuba mengaburi CCTV yang terpasang.

Beberapa minit kemudian mereka keluar dan menghilangkan diri melalui pintu utama premis. Saya mengesyaki sesuatu lalu memeriksa rak pameran dan dapati beberapa tin susu berjenama hilang.
Selepas menyemak rakaman CCTV di kedai, tiga lelaki dikesan mengambil barangan dirak.

Ketika berselisih dengan wanita terbabit, lelaki itu memasukkan hasil curian ke dalam baju kurung yang dipakai mereka, katanya.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Hanafi Daud, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

BH



0 komentar:

Posting Komentar


Top