Selasa, 15 Januari 2013

25 artis popular K-Pop berkampung di Sepang


KUALA LUMPUR 15 Jan. - Bermula semalam, Malaysia menjadi ‘rumah sementara’ kepada 25 artis-artis ternama Korea yang terkenal dengan budaya ‘K-Pop’. Mereka hadir bagi memeriahkan acara Samsung Galaxy The 27th Golden Disk Awards in Kuala Lumpur.

Antara barisan artis yang sudah berada di Malaysia ialah Super Junior, Beast, Ft Island, Infinite, CN Blue, Miss A, Ai Lee dan BTOB.

Acara setanding Anugerah Grammy yang pertama kali diadakan di Asia

Tenggara itu bakal berlangsung di Litar Sepang Antarabangsa di sini, selama dua hari bermula hari ini.

Pada majlis tersebut terdapat lebih 10 kategori anugerah, antaranya, Lagu Terbaik, Album Terbaik, Artis K-Pop Popular dan Anugerah Hip Hop Terbaik. - UTUSAN



0 komentar:

Posting Komentar


Top