Kamis, 31 Januari 2013

Muhyiddin kata ada berita gembira buat kakitangan awam

KOTA BHARU - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan akan ada lagi beberapa berita gembira bakal diumumkan buat kira-kira 1.4 juta penjawat awam di negara ini apabila beberapa permasalahan mereka dapat diselesaikan tidak lama lagi.
  
Beliau berkata kerajaan sememangnya mengambil berat soal kebajikan penjawat awam yang telah banyak membantu membangunkan negara selama ini.
  
"Saya faham telah banyak perkara yang telah dapat diselesaikan oleh kerajaan namun masih ada beberapa perkara yang belum selesai.
  
"Tunggulah dan berdoalah agak panjang daripada biasa kerana mungkin ada berita baik akan diterima (oleh penjawat awam) tidak lama lagi," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Khas Bersama Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Kelantan di Dewan Utama, Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan di sini, hari ini.
  
Turut hadir pada majlis dihadiri lebih 3,000 penjawat awam itu ialah isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Omar Osman dan Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.
  
Muhyiddin berkata kerajaan sangat menghargai jasa dan peranan penjawat awam yang pada masa sama telah menjadi "mata dan telinga" kerajaan bagi menyelesaikan masalah rakyat keseluruhan.
  
Beliau berkata, melalui penjawat awam, kerajaan mendengar segala rintihan rakyat yang kemudiannya akan bertindak untuk membela mereka yang memerlukan pembelaan.
  
Timbalan Perdana Menteri juga menzahirkan rasa bangga dengan peranan penjawat awam yang telah berjaya merealisasikan program transformasi negara sehingga lahir sebagai sebuah negara yang dikagumi.
  
"Saya bangga dengan peranan penjawat awam ini kerana segala yang kita sasarkan itu telah menjadikan keadaan negara jauh lebih baik daripada sebelum ini," katanya.
  
Beliau juga mahukan penjawat awam di semua sektor dapat memastikan setiap peruntukan pada belanjawan yang diumumkan dapat digunakan dengan sebaik mungkin bagi pembangunan negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata soal politik tidak akan diambil kira dalam membangunkan Kelantan kerana yang penting adalah memastikan rakyat negeri itu sama-sama menikmati pembangunan negara.
  
Pada sesi dialog selepas itu, Muhyiddin berkata kerajaan sama sekali tidak bercadang untuk mengurangkan jumlah penjawat awam di negara ini.
  
Beliau berkata pihak tertentu tidak boleh membandingkan saiz penjawat awam di Malaysia dengan negara lain kerana keadaan itu sangat berbeza sama sekali.
  
Muhyiddin jturut menafikan negara akan muflis seperti dakwaan pembangkang kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan kerajaan yang bertanggungjawab dan berkemampuan untuk membangunkan negara.
  
"Selagi kerajaan Barisan Nasional kekal memerintah, kita tidak akan menjadi negara yang bankrap kerana kita ada segala kemampuan," katanya.
  
Beliau juga berkata segala bentuk bantuan terutama Bantuan Rakyat 1Malaysia akan diteruskan pada masa hadapan jika keadaan ekonomi yang baik ketika ini dapat diteruskan lagi.  - Bernama

sinar harian


Rabu, 30 Januari 2013

Pilot terkunci di luar kerana co-pilot tertidur di dalam kokpit


BELANDA - Seorang pilot Syarikat penerbangan tambang murah Belanda, Transavia terkunci di luar kerana co-pilot-nya tertidur di kokpit.

Insiden ini terjadi dalam penerbangan Boeing 737 dari Belanda menuju Crete, Greece. Kejadian ini sebenarnya sudah lama terjadi, namun baru terbongkar setelah Badan Keamanan Belanda (OVV) membuat laporan dalam webnya. Mereka mengatakan insiden ini sangat serius.

"Setelah dua setengah jam berada di udara, pilot pesawat meninggalkan kokpit untuk ke toilet," kata OVV, seperti dilaporkan News, Khamis (31/1/2013).

"Kemudian, ketika dia kembali, dia memanggil co-pilot melalui interkom untuk membukakan pintu namun tidak mendapat jawapan," tambahnya.

Akhirnya, setelah beberapa saat, pilot dapat memasuki ruang kokpit tersebut. Di situlah dia mendapati bahawa co-pilot tengah tidur. Kini, insiden itu tengah disiasat oleh syarikat Transavia.

okezone.com



Operasi menangkap 15000 buaya yang terlepas di Afrika Selatan

kira-kira 2000 dari jumlah 15000 buaya yang terlepas sejak lebih seminggu yang lalu berjaya ditangkap kembali oleh para pekerja Taman Buaya Rakwena di Afrika Selatan.

Buaya yang terlepas itu melarikan diri ke kawasan semak-semak dan juga Sungai Limpopo, dekat sempadan Afrika Selatan dan Zimbabwe.

Walaupun jumlah buaya yang terlepas akibat banjir itu agak besar namun belum ada laporan ia menyerang manusia









Jutawan China jual udara segar dalam tin

 Pengusaha China, Chen Guangbiao, menjual udara segar dalam tin minuman ringan, mirip air minuman, ketika udara China bahagian utara tercemar teruk

Chen Guangbiao, yang kekayaannya menurut Hurun Report bernilai 740 juta dollar AS, menjual udara tinnya kira-kira lima yuan setin.

Chen mengatakan kepada Fairfax Media, udara China telah berubah menjadi begitu buruk sehingga ide udara segar dalam botol bukan lagi sesuatu yang aneh.

 "Jika kita tidak mula mencegah maka setelah 20 atau 30 tahun anak-anak dan cucu kita mungkin mengenakan topeng gas dan membawa tabung oksigen," kata Chen.

Hospital melaporkan kenaikan mendadak jumlah pesakit dengan kes berkaitan pernafasan. Para pemimpin politik terpaksa mengambil langkah-langkah darurat bagi mengurangkan pencemaran dan berjanji untuk mengatasi masalah itu.

Langit Beijing sebagian besar tetap suram. Jarak pandang secara konsisten menurun hingga hanya 200 meter yang terjadi beberapa kali dalam beberapa hari terakhir. Foto-foto satelit NASA memperlihatkan asap tebal menyelimuti dataran padat penduduk China utara.
Kata Chen lagi kepada Fairfax Media, ia tidak terganggu oleh reaksi sinis masyarakat, yang menuduh dia cuba untuk meningkatkan profil bisnesnya.

 "Saya yakin tentang apa yang saya lakukan dan saya berani meletakkan itu di bawah sinar matahari," katanya.

Chen mengatakan, banyak pengusaha China yang "mengorbankan keturunan mereka" demi keuntungan jangka pendek. Walau dunia tidak kiamat pada 21 Desember lalu, hari terakhir dalam kalender Maya, dia mengatakan, bukti-bukti menunjukkan bahawa kiamat sudah terlalu hampir.

"Saya bekerja di industri perlindungan selama satu dekad ... dan saya menyaksikan fakta bahawa polusi semakin buruk dan kian buruk," kata Chen.

"Semakin banyak bencana terjadi setiap tahun," katanya. "2012 tidak menjadi akhir dari dunia, tetapi jika manusia terus mencemari alam, saya fikir kiamat akan tiba."

kompas.com


Puting beliung terbalikkan kereta, musnahkan kediaman di AS

ADAIRSVILLE, Georgia: Ribut kencang melanda tenggara Amerika Syarikat menyebabkan puting beliung dan angin berbahaya sehingga kenderaan terbalik di kawasan sekitar Georgia dan memusnahkan kediaman serta perniagaan sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya dua orang terkorban.

Di barat laut Georgia pula, ribut menyebabkan kenderaan di laluan Interstate 75 terbalik menyebabkan lebuh raya terbabit ditutup dan satu lagi laluan ditutup sehingga pekerja mengalih pokok dan tiang elektrik daripada atas jalan raya.





http://jalopnik.com/5980244/tornados-overturn-cars-and-18+wheelers-on-interstate-75-georgia


Download POS UN 2013

Dalam rangka pelaksanaan Peraturan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia Nomor 3 Tahun 2013 tentang Kriteria Kelulusan Peserta Didik dari Satuan Pendidikan dan Penyelenggaraan Ujian Sekolah/Madrasah/Pendidikan Kesetaraan dan Ujian Nasional, maka Badan Standar Nasional Pendidkan (BSNP) telah menetapkan Prosedur Operasi Standar penyelenggaraan Ujian Nasional (POS UN).

image

Peraturan BSNP ini merupakan dasar dan acuan dalam penyelenggaraan Ujian Nasional Sekolah Menengah Pertama/ Madrasah Tsanawiyah, Sekolah Menengah Pertama Luar Biasa, Sekolah Menengah Atas/Madrasah Aliyah, Sekolah Menengah Atas Luar Biasa, Sekolah Menengah Kejuruan, Program Paket A/Ula, Program Paket B/Wustha, Program Paket C, dan Program Paket C Kejuruan Tahun Pelajaran 2012/2013.

 

Download POS UN SD
image


Download POS UN SMP/MTs dan SMA/MA/SMK

image

 

Download Tata Tertib Pengawas UN

image



Sumber : BSNP Indonesia

Jangan laju bro, kampung tak lari ke mana


PETALING JAYA - Dalam usaha membantu kerajaan menangani kadar kemalangan jalan raya menjelang Tahun Baharu Cina ini, syarikat-syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) akan mengedar poster dan pelekat kereta dengan tema “Jangan Laju bro. Kampung tak lari ke mana”.

Poster serta pelekat kereta yang mempunyai tema itu akan diedar kepada pengguna di rumah tol semua lebuh raya seluruh negara sepanjang kempen itu yang diadakan dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Yang Dipertua PSKLM, Datuk Noorizah Abdul Hamid berkata, tema yang menggunakan bahasa mudah dan ringkas itu dipilih kerana ia lebih dekat di hati dan senang diingat oleh pemandu di negara ini.

"Ia lebih ‘catchy’ (menarik) tapi dalam masa sama berkemampuan menyampaikan mesej yang besar,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen itu di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Awan Besar, di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah LLM Datuk Ismail Md. Salleh.

Noorizah berkata, beberapa selebriti seperti Amber Chia, Nash Lefthanded, Usop Wilcha dan pelakon Zul Ariffin akan menyertai kempen itu dengan menyampaikan nasihat dan panduan pemanduan berhemah kepada pengguna jalan raya. - BERNAMA



Selasa, 29 Januari 2013

Selebriti yang tetap cantik walau sudah berumur 40 tahun

Jennifer Lopez
 Penyanyi cantik dan seksi ini walaupun sudah berumur 43 tahun tetapi dia tetap menjaga tubuh dan kecantikannya. Aset penting baginya, punggung dijaga dengan baik, ia sering berlatih dan bersenam. fanpop.com

  Jennifer Aniston
 Aktres cantik dan seksi ini walaupun sudah berumur 43 tahun tetapi ia masih tetap menjaga kesihatannya dan tubuhnya agar tetap langsing dengan cara menjaga pola makan dan bersenam. dailydesktop.eu

 Halle Berry
 Wanita yang lahir di Ohio, Amerika Syarikat pada 14 ogos 1966 ini masih kelihatan seksi dan cantik dengan mengenakan gaun panjang yang terbuka bahagian bawahnya sehingga memamerkan paha ketika menghadiri acara Golden Globe Awards 2013. celebuzz.com

 Cameron Diaz
 Semua lelaki akan terpana jika melihat senyum manis dari wanita seksi berumur 40 tahun ini, Cameron Diaz. Dia adalah seorang pelatih atau instruktur senaman di Teddy Bass sehingga ia akan tetap selalu menjaga bentuk tubuhnya. a-gc.com

 Gwen Stefani
 Penyanyi Gwen Stefani yang lahir di Anaheim, California, 3 Oktober 1969 ini masih dianggap sebagai wanita seksi dan cantik. Walaupun umurnya sudah mencapai 43 tahun, tetapi Gwen masih menjaga tubuh dan kecantikannya. bhmpics.com


Naomi Watts
 Wanita berumur 44 tahun ini  tidak melakukan program diet kerana ia sangat gemar makan dan memasak untuk anaknya. usmagazine.com


Penyamun lari berbogel

Swee Chan menunjukkan calar serta kecederaan pada siku yang dialaminya ketika bergelut dengan penceroboh bilik tidurnya. - Foto Ahmad Ismail
Segamat: Seorang penyamun lari dalam keadaan bogel bersama beg tangan mangsa, sejurus meloloskan diri dalam kejadian di Jalan Meranti di sini, awal pagi semalam.

Suri rumah, Soh Swee Chan, 30, berkata beliau menyedari rumah teres dua tingkat milik keluarganya diceroboh suspek jam 2.45 pagi ketika semua ahli keluarga sedang tidur.
Swee Chan berkata, dia terlihat bayangan lembaga memasuki bilik tidur di tingkat atas tetapi menyangka itu ibu mentuanya sebelum memanggil beberapa kali tetapi tidak dibalas.

Bergelut “Saya kemudian mencapai lampu picit sebelum menyuluh ke arah bayangan terbabit dan mendapati seorang pemuda berusia lingkungan 20-an sedang mengambil beg tangan dan kemudian mencampaknya menerusi tingkap bilik air di bahagian belakang rumah.

“Saya menghalang dengan bantuan ibu dan bapa mentua yang turut terkejut. Kami bergelut dengan pemuda itu sambil menarik baju dan seluarnya.

“Usaha kami menyebabkan pakaian dipakai lelaki itu tertanggal sebelum dia meloloskan diri dengan bertindak terjun dari tingkat atas menerusi tingkap bilik air.

“Dia melarikan diri bersama beg yang sebelum itu sudah dicampak keluar,” katanya.
Swee Chan berkata, lelaki berkenaan dipercayai menceroboh masuk secara memanjat menggunakan tali nilon menerusi bahagian belakang rumahnya sebelum memecahkan cermin tingkap bilik air untuk memasuki bilik tidurnya.

“Beg tangan saya yang dilarikan berisi wang tunai RM2,000 sebagai angpau Tahun Baru Cina serta dokumen penting peribadi menyebabkan kerugian RM4,500,” katanya.

BH


10 ekor gajah ditemui mati di Sabah

SEBANYAK 10 ekor gajah ditemui mati sejak dua minggu lalu dipercayai akibat racun di Hutan Simpan Gunung Raya kira-kira 130 Kilometer dari Tawau. Daripada jumlah itu, tujuh adalah betina dan selebihnya jantan berusia seawal empat tahun

 seekor anak gajah berusia tiga bulan cuba membangunkan ibunya yang telah mati




dailymail.co.uk


Senin, 28 Januari 2013

Usung haruan gergasi 200kg dengan jengkaut

KUALA TERENGGANU – Kemunculan ikan haruan seberat 200 kilogram (kg) menggemparkan penduduk Kampung Che Kundur apabila ikan berkenaan terpaksa dibawa menggunakan alat mengangkut barang beroda tiga dan jengkaut.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Saad Mahmud berkata, ikan yang dibawa lebih kurang 150 meter dari rumahnya ke tali air berhampiran menyebabkan ramai penduduk keluar dari rumah masing-masing.

“Replika ikan haruan yang disiapkan dalam masa hampir dua minggu ini sebagai simbolik tali air Kampung Che Kundur yang terdapat banyak ikan, selain menjadi lokasi pertandingan memancing.

“Saya sengaja meletakkan replika ikan haruan sebagai mercu tanda kampung,” katanya setelah selesai meletakkan replika berkenaan di Kampung Che Kundur, di sini.

Saad berkata, replika itu sebahagian daripada persediaan Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung peringkat daerah dan Anugerah Desa Cemerlang.

“Kita juga dalam proses membina pintu gerbang dan menceriakan seluruh kampung dengan menanam pokok bunga dan memberi fokus kepada aspek kebersihan,” katanya.

Tambahnya lagi, menerusi pertandingan berkenaan, sudah dua kali kampungnya tersenarai tetapi hanya menang sagu hati.

“Kali ini kita mahukan yang terbaik untuk kampung ini,” katanya.

sinar harian


Perompak menangis setelah dipukul mangsa

rakaman CCTV ini menunjukkan perompak bertopeng memeluk penjaga kedai yang masih memegang kayu baseball
Kisah perompakan yang satu ini berakhir antiklimaks. Si perompak yang datang dengan garang akhirnya tunduk dan menangis di tangan mangsanya.

Kisahnya terjadi di bandar Oldenburg, Jerman. Dari rakaman kamera CCTV, seorang lelaki bertopeng dan bersenjata pisau mencuba merompak sebuah kedai setesen minyak bandar itu.

Si perompak mengancam penjaga kedai, Robert B (20) dengan pisaunya dan meminta si penjaga untuk memberikan wangnya.

Namun, Robert tak mau menyerah. Dia menekan butang alarm dan lari ke ruangan lain untuk mengambil kayu pemukul baseball.

Robert lalu memukul kepala si perompak bertopeng berulang kali hingga dia menjatuhkan pisaunya. Dan tanpa disangka, si perompak memeluk Robert, menangis dan memohon agar Robert berhenti memukulnya.

"Tolong biarkan saya pergi. Saya punya anak isteri," kata si perompak seperti dilaporkan Bild.de.

Lalu perompak yang sudah cedera berdarah itu, duduk di lantai. Robert yang nampaknya kasihan dengan si perompak lalu memberinya kain untuk mengelap lukanya.

Tidak lama kemudian polis tiba dan menangkap si perompak. Menurut polis, si perompak berbohong soal anak dan isterinya. Dia akan menggunakan wang hasil kejahatannya untuk membeli dadah.

Kini perompak itu meringkuk dalam tahanan polis dan mungkin akan dihukum penjara selama lima tahun.

kompas.com


Zoo ajar Orangutan guna iPad

Seorang petugas mengajar seekor orangutan mengguna iPad di Zoo Nasional Smithsonian, Washington
Sekelompok orangutan di Zoo Nasional Smithsonian di Washington DC, Amerika Syarikat, diperkenalkan pada iPad, salah satu teknologi manusia yang popular di seluruh dunia.

Beberapa iPad diberikan ke zoo itu sebagai sebahagian dari program yang dirancang untuk menstimulasi haiwan.

Menurut penjaga zoo, tablet elektronik itu memungkinkan orang utan bermain muzik, membuat gambar berwarna-warni, serta menyaksikan gambar binatang lain.

Beberapa aplikasi juga digunakan untuk memutar suara haiwan-haiwan yang mungkin tidak dikenal orangutan, seperti suara babi atau burung tiong.

Menurut penjaga zoo lagi, mereka bahkan telah menggunakan program Skype, yang membolehkan orangutan berinteraksi melalui video dengan orangutan di zoo lain.

Penjaga zoo kini mempelajari interaksi itu untuk mengetahui apakah orangutan mengenali haiwan-haiwan yang pernah hidup bersama mereka di zoo lain.

Zoo Nasional di Washington adalah satu dari segelintir zoo yang menjadi sebahagian dari program yang disebut "Apps for Apes", yang dimulai oleh organisasi nirlaba Orangutan Outreach.

kompas.com


Buaya Bujang Teruntum berjaya ditangkap



KUCHING - Seekor buaya tembaga sepanjang 5 meter yang dipercayai telah membaham anjing peliharaan seorang tukang kebun di rumah rehat Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng ditangkap di Kampung Selang, Jalan Telaga Air di sini semalam.

Sang bedal seberat hampir 300 kilogram yang mendapat jolokan Bujang Teruntum itu ditangkap selepas pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) menjalankan operasi memburu serta memasang sangkar khas sejak seminggu lalu di Sungai Teruntum di sini.

Buaya yang dinamakan sempena sungai yang menjadi habitatnya itu disedari terperangkap selepas memakan umpan ayam yang diletakkan di dalam sangkar sepanjang 5 meter dan lebar kira-kira 1 meter.

Menurut seorang tukang kebun di kediaman itu, Johari Resal, 63, dia meninjau ke tempat sangkar tersebut dipasang kira-kira pukul 7 pagi semalam dan mendapati seekor buaya berada di dalamnya.

"Sangkar itu juga mengalami sedikit kerosakan dipercayai dirempuh oleh buaya tersebut yang cuba melepaskan diri. Di bahagian kepala buaya juga terdapat kesan luka," katanya ketika ditemui di sini semalam.


Kakitangan Sarawak Forestry Corporation menarik Bujang Teruntum untuk dipindahkan ke Pusat Hidupan Liar Matang. .-UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN

kosmo & utusan malaysia


Minggu, 27 Januari 2013

Ratko Mladic penyembelih rakyat Bosnia

Ratko Mladic
Merupakan perancang utama pembunuhan beramai-ramai mangsa perang Srebrenica 1992-1995.

Mladic atau 'penyembelih rakyat Bosnia', membunuh lebih 100,000 penduduk tempatan termasuk 8,000 kanak-kanak dan lelaki.

Pembunuhan beramai-ramai itu adalah satu daripada proses pembersihan etnik oleh kumpulan nasionalis Serb dalam membentuk sebuah negara Serbia di Bosnia.

Ia juga merupakan kekejaman paling teruk di Eropah selepas Perang Dunia II.

Susulan kekejaman itu, satu operasi memburu Mladic dilakukan dan berterusan lebih 16 tahun.

Sepanjang tempoh berkenaan, Mladic dipercayai bersembunyi hingga kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan ganjaran lebih AS$5 juta (RM15.2 juta) kepada sesiapa yang berjaya menangkapnya dalam tahun 2000.

Pengepungan Sarajevo

Tanggal 2 Mei 1992, sebulan selepas kemerdekaan Republik Bosnia, Mladic yang berjawatan sebagai Leftenan Kolonel Jeneral mengepung bandar Sarajevo.

Pasukan tentera Mladic kemudian menutup semua laluan masuk dan keluar dari bandar berkenaan termasuk bekalan air serta elektrik, selama empat tahun.

Maka bermulalah tempoh pengepungan paling lama dalam sejarah perang dunia moden iaitu Pengepungan Sarajevo.

Jurucakap aktivis mendedahkan, dalam tempoh itu askar Serb-Bosnia bebas menembak sesiapa sahaja serta melancarkan serangan bom dalam Sarajevo.

Lelaki tidak berhati perut itu sekali lagi dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Panglima Tentera Kedua Markas JNA di Sarajevo, enam hari selepas berjaya melancarkan misinya.

Dua tahun kemudian, Mladic dianugerahkan pangkat Kolonel Jeneral dan mandat mengetuai lebih 80,000 tentera.

Satu lagi serangan dilancarkan Mladic, kali ini di Srebrenica. Pada Julai 1995, wilayah Srebrenica dan Zepa diserbu dan mengusir lebih 40,000 penduduk. Seramai 8,300 orang Islam dibunuh kejam.

Pada November 1995, Hakim Mahkamah Tribunal Jenayah Perang Antarabangsa bagi bekas Yugoslavia (ICTY) di The Hague, Fuad Riad mendakwa, Mladic melakukan pembersihan etnik. Riad menganggap perbuatan Mladic sebagai 'perutusan dari neraka yang telah ditakdirkan dalam sejarah hitam manusia'.

Penguasaan pasukan rejim Mladic tidak bertahan lama apabila wilayah dalam kepungan mereka iaitu Croatia berjaya ditembusi pasukan ketenteraan Croatia.

Rentetan itu, Presiden Bosnia Serbia, Radovan Karadic menyalahkan Mladic sekali gus melucutkan jawatannya kerana menyebabkan Serbia hilang dua bandar dalam timur Bosnia.

Presiden Republikan Serbia Bosnia, Biljana Plavsic, turut memecat Mladic pada Ogos 1995.
kubur mangsa pembunuhan beramairamai perang Sebrenica digali semula pada 2004.

Buruan antarabangsa

1995 - Tribunal jenayah perang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di The Hague, mendakwa Mladic melakukan jenayah perang iaitu penghapusan etnik penduduk Islam Sarajevo dan Srebrenica.

2001 - Sejurus kejatuhan Presiden Serbia, Slobodam Milosevic, Mladic terpaksa hidup dalam persembunyian.Tibunal mendedahkan Mladic masih bersembunyi di Bosnia tetapi pihak berkuasa termasuk Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) Bosnia dan Serbia gagal mengesannya.

2011 - Walaupun menyamar dengan nama Milorad Komadic, Mladic berjaya ditahan di kediaman sepupunya di Lazarevo, utara wilayah Vojvodina, pada  Mei dan terus dihantar ke The Hague.

2012 - Mladic dibicarakan di bawah pertuduhan merancang jenayah perang ke atas rakyat Islam Bosnia dan Yugoslavia. Sepanjang tempoh perbicaraan, hakim terpaksa menangguhkan beberapa sesi selepas Mladic diserang angin ahmar sekali gus menyukarkannya untuk berkomunikasi.


Profil Ringkas

12 Mac 1942 - Mladic dilahirkan di selatan Bosnia. Bapanya seorang ahli politik komunis yang dibunuh pada 1945 oleh kumpulan tentera pro-Nazi Croatia Utasha.

1961 - Sewaktu berumur 19 tahun, Mladic mendapat latihan ketenteraan di Sekolah Industri Tentera di Zemun, Belgrade, sebelum melanjutkan pelajaran ke Akademi Tentera Kov.

1992 - Presiden Bosnia Serbia, Radovan Karadzic melantiknya sebagai Komander Tentera Bosnia-Serb.

1994 - Anak perempuannya, Ana membunuh diri dengan menembak kepalanya sendiri di Belgrade.

1995 - Tentera Mladic menawan keseluruhan Bosnia, selain berjaya mengepung Sarajevo selama 43 bulan. Lebih 8,000 penduduk Islam Bosnia termasuk lelaki dan kanak-kanak yang ditahan di timur Srebrenica dibunuh.

2010 - Demi mendapatkan hak pemilikan harta, keluarga Mladic terutama isterinya memfailkan kematiannya tetapi ditolak pihak kerajaan.

sinar harian


Ayam miliki 10 jari kaki

Ayam miliki 10 jari kaki
KUALA PILAH – Pelik dan unik. Itulah yang dapat digambarkan kepada seekor ayam berusia sebulan yang mempunyai 10 jari kaki.

Pemilik ayam tersebut, Maimon Mohd Zain, 45, berkata, pada awalnya, dia tidak sedar terdapat keganjilan pada kaki ayam betina itu.

“Namun, akibat sering membelai ayam berkenaan, barulah saya perasan ia memiliki lebih dari empat jari pada kedua-dua kakinya.

“Lebihan jari kakinya berada di bahagian belakang dan jika diamati memang tidak perasan sangat. Ayam betina ini memang sangat jinak, ke mana saya pergi, memang akan ikut dan seolah-olah memahami saya tuannya,” katanya ditemui di rumahnya dekat  Kampung Kabong, Inas, di sini.

Maimon berkata, anak ayam itu dibeli daripada peniaga di Senaling dengan harga RM2.70 seekor.

“Kini saya sudah ada 50 ekor ayam dan lebih 10 ekor ternakan itik. Saya memang minat kepada bidang ternakan,” katanya.

Maimon berkata, dia juga memiliki seekor itik nila yang unik kerana menetas 18 biji telur secara serentak.

“Jarang hendak jumpa, seekor itik menetas dalam jumlah telur yang banyak. Saya memang terkejut apabila lihat 18 biji telur pada masa yang sama.

“Mungkin ini rezeki saya, syukur kepada ALLAH kerana menambah pendapatan saya dan setiap kejadian ada hikmah-Nya,” katanya.

sinar harian


Wanita mahu asmara, lelaki pula letih

London: Wanita tidak lagi menjadikan sakit kepala, sakit perut atau letih menguruskan anak sebagai alasan menolak ajakan suami berasmara.

Kini lelaki pula yang semakin kerap memberi alasan itu, menurut satu kajian baru.
Kajian itu mendapati, lebih separuh responden lelaki mengakui menolak ajakan seks lebih kerap, lapor akhbar Daily Mail.

Penyelidikan farmasi online di United Kingdom mendedahkan, lelaki lebih berkemungkinan menolak ajakan pasangan mereka dalam perkara itu dan letih serta tekanan kerja adalah alasan paling biasa.

Kajian yang dilakukan oleh ukmedix.com, meninjau pandangan 1,922 lelaki Britain berusia melebihi 18 tahun dan ada hubungan jangka panjang.

Ia dijalankan selepas laman itu mendapati wujud peningkatan ketara dalam pencarian ubat menaikkan syahwat dalam dua minggu pertama bulan Januari 2013.

Responden ditanya soalan berkaitan kehidupan seks mereka dengan pasangan.
Mereka ditanya siapa lebih kerap menolak ajakan melakukan hubungan seks dan 62 peratus lelaki mengaku mereka yang berbuat demikian.

Mereka kemudian ditanya apakah alasan paling kerap diberi kepada pasangan untuk tidak melakukannya.

Lima alasan paling popular ialah terlalu letih - 45 peratus, diikuti tekanan kerja - 39 peratus, sakit kepala - 39 peratus, terlalu kenyang selepas makan malam (29 peratus) atau mahu menonton rancangan di televisyen, 24 peratus.

Sebaliknya, apabila diminta memberikan punca sebenar mereka menolak ajakan seks, alasan lima teratas termasuk tidak selesa dengan tubuh iaitu, 39 peratus dan kurang bernafsu, 35 peratus.

Mereka juga ditanya kekerapan hubungan seks dengan pasangan. 42 peratus responden lelaki menjawab, dua minggu sekali. - Agensi

BH


Nasha Aziz dalam iklan Rexona tahun 1989

Nasha masa remaja...layan!!!

Gambar-gambar kumpulan SYJ/Sofea tahun 80an


 DITUBUHKAN 1983; Ipoh, Perak

PENYANYI 
Amir (Amirrudin bin Zulkefly; lahir 1962)
Man Rani (Othman Rani bin Mohd Tajry; lahir 1963)
Zan

GITAR     
Zam (Zamri Shafie)
Fancy (Ramlie Adnan; lahir 1963; berkahwin dengan Anita Sherox; pernah menyertai kumpulan Angel Hearts, GET & kumpulan pop Leon)
Atanka

BASS     
Man Rani (Othman Rani bin Mohd Tajry; lahir 1963)

DRAM     
Eduat (Syed Noor Eduat bin Syed Yusuf Jamalulail; lahir 1961; meninggal dunia pada 11 Oktober 2006; pernah menyertai kumpulan SYJ '90)
Nahar (Raja Nahar bin Raja Horman; lahir 1960; telah menyertai kumpulan Burnmarks, Babylon & Lipan Bara)
Ujang

ALBUM
Battle Of The Bands 1 & 2 - Pelbagai Artis (1986)
Kembali (1987)
Anak Liar (1988)
Boneka Pentas (1989)
Mimpi Dan Airmata (1990)









Sabtu, 26 Januari 2013

Asteroid mendekati bumi pada Februari 2013

Sebuah asteroid dikatakan bakal mendekati bumi pada pertengahan Februari ini.

Asteroid dianggarkan bersaiz kecil itu dikenali sebagai 2012DA14 dijangka mendekati Bumi pada 15 Februari ini.

Ahli Astronomi berpendapat asteroid itu akan berada dalam orbit bulan sekitar 38,6243 kilometer (km) dan dalam orbit satelit Geosynchronous sejauh 418,429 km.

Asteroid 2012 DA14 mendekat pada jarak 35,000 km dari bumi. Perhitungan astronomi dari orbit asteroid dapat dipercayai berdasarkan rekod kejayaan puluhan tahun ketika Neil Amstrong menjadi manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan 20 Julai 1969.

Tetapi apa yang akan berlaku ketika 2012DA14 mendekati bumi? Jawapannya adalah ‘mungkin tidak terjadi apa-apa’.

Kebanyakan orang tidak akan melihat atau menyedarinya kerana kehadiran asteroid tersebut tidak mengubah pusingan pasang surut air laut, ia juga  tidak menyebabkan gunung berapi.

Ketika kehadiran asteroid itu, pakar astrologi akan mengukur jarak tepat kedudukan bintang dan bulan dengan teleskop mikro.

Andainya asteroid  itu bersaiz 46 meter dan memintas bumi, ia masih tidak boleh menghancurkan bumi, tetapi kejadian itu akan meninggalkan kesan seperti kawah di kawasan ia mendarat. 

Peristiwa itu pernah terjadi pada 1908 di daerah terpencil di Rusia, di mana satu ledakan asteroid telah meratakan sebuah kawasan di situ hingga membentuk sebuah kawah dan melenyapkan pokok dan haiwan yang terdapat di situ.

Mungkin sekiranya 2012 DA14 mendarat ke bumi kejadian sama dijangka berlaku. Ahli astrologi juga mengharapkan asteroid itu mendarat di laut dan bukannya di kawasan pembangunan kerana dikhuatiri binaan akan musnah sama seperti pokok dan haiwan yang lenyap
ketika kejadian di Rusia.

Ahli astronomi di Observatorio Astronomico de La Sagra di Spanyol menemui 2012 DA14 pada awal 2012. Ia menyerupai bumi dan pusingan orbitnya juga menyamai pergerakan bumi iaitu mengelilingi matahari.

Pastinya, Asteroid 2012 DA14 akan menghampiri bumi pada 15 Februari 2013. perkara ini bakal mendapat perhatian orang ramai. - Earthsky.org

Apa itu asteroid?

Asteroid ialah planet minor atau planetoid. Ia berukuran lebih kecil daripada planet, tetapi lebih besar daripada meteoroid dan selalu berada dalam orbit planet Neptunus. Asteroid berbeza dengan komet dari struktur visualnya. Komet mempunyai 'ekor' sementara asteroid hanya berbentuk seperti ketulan batu.

sinar harian


Ketahui tanda awal leukemia

Ibu bapa, cuba perhatikan sama ada anak anda mudah letih, nafas pendek, mudah terkena jangkitan penyakit, lebam di badan dan hilang selera makan. Jika jawapannya ya, segera bawa anak berjumpa doktor kerana ia mungkin tanda awal penyakit leukemia.

Leukemia ialah satu daripada barah yang berpunca daripada pertambahan sel darah putih. Ini memudaratkan kesihatan kerana boleh menyebabkan kerosakan sel darah merah.

Ini memudahkan jangkitan, mengurangkan sel darah putih matang selain membantutkan pertumbuhan platelet iaitu bahan utama dalam kandungan darah.

Pakar Pediatrik Hospital Columbia Asia, Dr Khairul Zaman Omar berkata, tiada sebab mutlak seseorang diserang leukemia, namun ia boleh berlaku disebabkan beberapa faktor.

“Antara faktor kanak-kanak dijangkiti leukemia ialah sejarah keluarga yang mengalami sakit sama atau barah, pernah terkena jangkitan virus Epstein-Barr (tidak semua), selepas membuat rawatan kemoterapi dan mengalami penyakit sindrom Down, sindrom fragile-X (sindrom reput-X) serta sindrom Fanconi.

“Jika tidak dirawat segera, ia boleh menyebabkan maut. Meskipun selepas rawatan, perlu sentiasa diawasi kerana leukemia menyebabkan sistem imunisasi pesakit lemah dan tidak normal, malah mudah terkena jangkitan kuman, misalnya fungus,” katanya, baru-baru ini.

Menurutnya, seawal bayi lahir, ia mempunyai risiko dijangkiti leukemia, malah antara lelaki dan wanita, risiko diserang leukemia adalah sama.

“Leukemia boleh berlaku kepada sesiapa saja, sama ada kanak-kanak mahupun dewasa. Orang dewasa lebih berisiko mendapat penyakit ini apabila sering terdedah kepada sinaran.

“Ini termasuk orang yang terselamat dalam letupan bom atom di Jepun, mereka yang terdedah kepada sinaran radiasi selepas bencana loji nuklear Chernobyl, dan mereka yang menerima sinaran pada jumlah banyak sewaktu menjalani rawatan perubatan tertentu pada masa lalu,” katanya.

Di kawasan tertentu dunia, seperti barat daya Jepun, bahagian Afrika dan Caribbean, sejenis leukemia tertentu boleh merebak di kalangan penduduk tempatan disebabkan virus dikenali sebagai Human T cell lymphotropic virus (HTLV).

Jenis leukemia

Leukemia boleh terjadi dalam beberapa bentuk. Sesetengah bentuk timbul serta-merta dan berkembang dengan cepat dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu yang dipanggil leukemia akut.

Manakala yang berkembang dengan kadar perlahan dalam masa beberapa bulan atau beberapa tahun pula dipanggil leukemia kronik.

Penyakit leukemia dinamakan mengikut jenis sel darah putih yang terbabit. Leukemia mieloid ialah yang membabitkan granulosit (satu daripada sekumpulan darah putih yang mengandungi bintil dalam sitoplasma); leukemia limfoid membabitkan limfosit (sel darah putih di nodus limfa, limpa, kelenjar timus, dinding usus dan sumsum tulang).

1) Leukemia limfoid akut (Acute lymphoid leukaemia)

Leukemia limfoid akut lebih lazim pada kanak-kanak dan peratusan yang kecil di kalangan orang dewasa. Ia menjejaskan limfosit yang belum matang.

Limfosit yang normal bertanggungjawab melawan jangkitan apabila bakteria atau virus menyerang tubuh, limfosit bertindak balas dengan menghasilkan antibodi atau sel pembunuh limfosit yang khas.

2) Leukemia limfoid kronik (Chronic lymphoid leukaemia)

Leukemia ini juga menjejaskan limfosit tetapi berkembang dengan lebih perlahan daripada leukemia limfoid akut. Penyakit ini menyerang orang dewasa, tetapi tidak dikesan pada kanak-kanak.

Penyakit ini berkembang dengan lebih perlahan, oleh itu sel normal tidak terhimpit dan ditolak keluar dengan cepatnya berbanding leukemia limfoid akut.

Jika menghidapi leukemia limfoid kronik, anda mungkin tidak mengalami sebarang gejala hinggalah peringkat lanjut penyakit ini.

3) Leukemia mieloid akut (Acute myeloid leukaemia)

Leukemia ini biasanya menyerang orang dewasa, tetapi boleh terjadi pada kanak-kanak dan remaja. Ia menjejaskan sel mieloid yang dipanggil granulosit.

Penyakit ini menghasilkan sel mieloid yang masih muda dalam jumlah yang berlebihan dan menyebabkan kekurangan sel mieloid matang. Sel ini boleh menyekat saluran darah.

4) Leukemia mieloid kronik (Chronic myeloid leukaemia)

Leukemia jenis ini boleh terjadi pada semua peringkat umur tetapi paling jarang dikesan pada usia di bawah 20 tahun. Ia menghalang sel mieloid daripada berfungsi dengan betul.

Ia berlaku dalam dua peringkat iaitu berlakunya pembahagian sel abnormal secara perlahan. Kemudian, ia boleh dengan cepatnya berubah ke peringkat akut.

Rawatan

- Kemoterapi.
- Rawatan komplikasi seperti jangkitan kuman memerlukan antibiotik.
- Rawatan pemindahan sum-sum tulang.

hmetro.com.my



Top