Rabu, 12 Desember 2012

Adat pelik perkahwinan di seluruh dunia


Culik

Di Itali, sebahagian kecil kaum Gipsi di Rom dikehendaki menculik pengantin wanita sebagai satu syarat 'sah nikah'.

Caranya, keluarga pengantin lelaki akan menculik pengantin perempuan selama dua atau tiga hari sebelum mereka dapat bersama


Kahwin dengan anjing

Di Khanyan, sebuah daerah yang terletak kira-kira 60 kilometer dari Calcutta, India pula suku kaum Santhal percaya jika seorang bayi perempuan tumbuh gigi di gusi atas ia petanda bakal dimakan harimau.

Justeru, apabila dewasa kelak, perempuan itu harus berkahwin dengan seekor anjing bagi memastikan tragedi itu tidak berlaku.

Kisah ini dialami seorang budak perempuan berusia sembilan tahun, Karnamoni Handsa yang menikahi seekor anjing tahun lalu.

Apabila upacara pernikahan 'mengusir syaitan' selesai, Handsa boleh berkahwin dengan lelaki idamannya dengan syarat dia tidak menceraikan anjing itu.

"Penduduk kampung menyuruh dia berkahwin dengan anjing atau menghadapi kehidupan yang sukar apabila besar nanti," kata bapanya.

Tutur Handsa, dia tidak pernah menyesal berkahwin dengan anjing jantan bernama Bacchan itu.


Makan isi perut kambing biri-biri

Lain pula halnya di Scotland apabila pengantin lelaki disuruh makan isi perut kambing biri-biri. Malah, lebih malang pasangannya akan disiram dengan telur mentah, air kotor, sos dan yogurt.

Ritual ini dikatakan bagi memastikan pasangan itu tidak bertelingkah selepas berkahwin.


Menggemukkan badan

Di Mauritius, wanita yang menjadi kegilaan lelaki ialah wanita bertubuh berisi.

Malah, sejak kecil lagi ramai anak perempuan ditempatkan di beberapa buah khemah di Gurun Sahara bertujuan untuk 'menggemukkan' mereka.

Mereka wajib makan dua kilogram daging unta sehari di samping 19 liter susu kambing

Cerita Tijanniya Mint, 14, yang telah mengikuti program berkenaan, pada mulanya ibunya ingin menghantarnya bercuti di gurun sambil menikmati makanan yang lazat.

"Pastinya saya gembira sambil ibu menjanjikan apabila saya pulang kelak saya akan berubah menjadi seorang gadis yang cantik," tutur Mint.

Selama 10 hari bersama lima gadis lain berumur antara 7 hingga 12 tahun, rutin makanan mereka setiap hari ialah minum susu kambing dan makan daging unta dalam jumlah yang banyak.

Jika mereka memuntahkan makanan tersebut mereka akan dipukul oleh seorang penjaga wanita tua.

"Sasaran utama program itu ialah menjadikan bentuk badan mereka membesar seperti belon," kata penjaga gadis di khemah itu, Aminetou Mint Elhacen, 50.

Berdasarkan kepercayaan Moors yang diamalkan, wanita bertubuh gemuk simbol kekayaan suami mereka tetapi adat resam ini sudah berkurangan sejak kempen kesedaran kesihatan yang dijalankan kerajaan.


Dilarang buang air 

kesukaran pasti dialami pasangan pengantin di Kalimantan, Indonesia.

Mereka dilarang membuang air besar dan air kecil selama 72 jam selain tidak boleh menggosok gigi dan mandi.

Sekiranya peraturan itu dipatuhi, mereka didakwa akan hidup bahagia dan dikurniakan zuriat yang ramai serta sihat



0 komentar:

Posting Komentar


Top