Kamis, 01 November 2012

Gajah di Zoo Korea boleh bercakap


Seekor gajah di Zoo Korea Selatan bukan saja boleh mengutip makanan menggunakan belalainya tetapi juga boleh bercakap.

Pasukan penyelidikan antarabangsa berkata, gajah bernama Koshik itu boleh bercakap lima patah perkataan dalam bahasa Korea dengan melipat belalai ke dalam mulutnya dan mengeluarkan bunyi menerusi kerongkongnya.

Penemuan itu dilaporkan menerusi online dalam jurnal Current Biology hari ini.
Koshik boleh berkata “annyeong” (hello), “anja” (duduk), “aniya” (tidak), “nuwo” (baring) dan “joa” (bagus).

Penyelidik percaya gajah Asia yang mempunyai dua gading itu memperlihatkan keinginan untuk bercakap dengan jurulatih selepas dia berpisah dengan dua gajah lain.

Pada 1983, pegawai zoo di Kazakhstan mendakwa gajah mereka boleh bercakap bahasa Russia tetapi tiada kajian saintifik dijalankan.

Angela Stoeger dan Daniel dari Universiti of Vienna merakam percakapan Koshik di Everland Zoo, Korea Selatan


sumber:BH & Dailymail

0 komentar:

Posting Komentar


Top