Kamis, 08 November 2012

Buaya berkeliaran dalam kapal terbang


Seorang petugas kargo syarikat penerbangan Australia, Qantas terkejut beruk apabila menemui seekor buaya yang berkeliaran di ruang kargo kapal terbang ketika menurunkan bagasi penumpang di Melbourne.

Qantas mengesahkan buaya itu telah berjaya memecahkan bekas kurungan semasa penerbangan dari Brisbane dan telah ditemui oleh pekerja apabila dia membuka ruang kargo itu.

Mujur haiwan berbahaya itu dengan cepat ditangkap dan dikurung kembali sangkar.

Dalam satu kenyataan, Qantas berkata syarikat kargo yang bertanggungjawab, Australian Air Express, sedang menyiasat bagaimana buaya itu berjaya membebaskan diri dari sangkar dalam kargo pesawat itu.

'Penyiasatan ini memberi tumpuan sama ada ia telah memenuhi prosedur yang berkaitan ketika buaya itu dimasukkan ke dalam kapal terbang,'

 budak bertuah tu sedang merayau-rayau dalam pesawat

bekas tempat buaya itu dikurung yang telah dipecahkan....nampak macam plastik je kan


nasib baik buaya tu berkeliaran tempat simpan barang je kan...kalu ia naik ke tempat penumpang haaaaa
mana mau lari  hahaha


sumber: Dailymail

p/s: selamat pengantin kepada baru Husna

0 komentar:

Posting Komentar


Top