Selasa, 30 Oktober 2012

Taufan Sandy membelasah New York bahagian 2

Presiden Barack Obama mengisytiharkan darurat di Bandaraya New York dan Massachusetts selepas menerima laporan lebih 250,000 rumah bergelap di Manhattan dan paras air mencecah lebih lima meter.

Sekurang-kurangnya lebih 84 terkorban (setakat jam 9 malam tadi) apabila Taufan Sandy membawa angin kuat dan hujan lebat di timur laut Atlantik membadai New York, Amerika Syarikat (AS), awal pagi semalam.

Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg mengesahkan pasukan keselamatan menerima lebih 10,000 panggilan kecemasan 911 setiap setengah jam.

“Kami nasihatkan mereka supaya menggunakan panggilan 911 bagi tujuan ancaman nyawa sahaja,” katanya.

Menurutnya, bekalan elektrik di Brooklyn dan Manhattan dipotong bagi mengelakkan kebakaran.

Ribut itu membawa kelajuan angin  mencecah 144 kilometer sejam. -CNN

















bahagian satu Taufan Sandy membelasah New York (klik sini)

sumber: Dailymail
sinar harian

0 komentar:

Posting Komentar


Top