Senin, 15 Oktober 2012

Quadski: Kenderaan dua alam masuk pasaran

Kenderaan yang boleh digunakan di darat dan air kini bukan lagi hanya untuk James Bond.

Pada hujung tahun ini, sebuah kenderaan peribadi yang boleh dipandu dalam semua permukaan bumi dijadualkan berada di pasaran.

Kenderaan itu yang dikenali sebagai Quadski, mempunyai kelajuan sehingga 45 batu atau 72 kilometer sejam di darat.

Untuk pemanduan dalam air, pemandunya perlu menekan satu butang dan tayar kenderaan itu akan dilipat ke bahagian tepi dalam lima saat. Ia mampu bergerak selaju 45 batu atau 75 kilometer di atas air.

Quadski akan dijual pada harga AS$40,000 (RM122,460) seunit. Ia akan dijual di semua wakil penjual peralatan sukan air di New York, Boston, Great Lakes, Florida dan Texas.

Pengeluar kenderaan itu, Gibbs Sports yang berpangkalan di Michigan berkata, ia menghabiskan 16 tahun serta melabur AS$200 juta (RM612.3 juta) bagi membangunkan teknologi itu. - AP






sumber:BH

0 komentar:

Posting Komentar


Top