Selasa, 09 Oktober 2012

Ambil dadah konon nak sedapkan suara

Mat yang ditahan AADK

“Saya ambil dadah sebab nak melunakkan suara selain menghayati lagu yang dinyanyikan di karaoke, bukan untuk berkhayal,” luah Mat yang ditahan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), di Ipoh.

Pemuda berusia 23 tahun itu memberi alasan setelah didapati positif selepas menjalani ujian air kencing dan dipercayai mengambil tiga jenis dadah iaitu syabu, heroin dan ganja.

Lelaki terbabit ditahan kira-kira jam 11 malam berhampiran sebuah pusat karaoke di Jalan Yang Kalsom, di sini selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan sebaik keluar dari pusat hiburan itu.


cehhhhh hampehhhhhhhh!!!!!! nak karok je pon

terimalah hakikat, kalau suara tak sedap telan sekilo syabu pon tetap tak sedap jugak.


Seorang lagi lelaki yang hanya dikenali sebagai Hafizi, 20-an mendakwa dia memperolehi keseronokan berganda jika mengambil dadah sewaktu menyanyi di karaoke.

“Jika ambil benda tu (dadah) saya dapat menyanyi dengan penuh semangat dan nyaring terutama lagu rock malah ramai rakan saya turut melakukan perkara yang sama sebelum menyanyi,” katanya yang sudah menagih dadah sejak usia belasan tahun lagi.

Hasil ujian kemudiannya mendapati, suspek berkenaan positif mengambil dadah heroin dan ditahan bersama 10 penagih dadah lain


rosak anak bangsa kita. semoga diorang ni dapat diselamatkan


sumber:SH

0 komentar:

Posting Komentar


Top