Rabu, 11 Juli 2012

Mari kita buat teh tarik

suka minum teh tarik tak? aku suka jugak tapi takdelah sampai tahap ketagih. biasanya tumpuan penggemar teh tarik adalah di kedai mamak. kenapa? sebab rasanya yang sedap lemak berkrim gitu perghh..

apa rahsianya yang geng mamak boleh buat teh yang sedap ek?

kalau tanya mamak rahsia tu aku rasa diorang takkan bagitau punya tapi tak apa kita tanya pakcik google.

akhirnya pakcik google yang baik hati tu telah membongkarkan rahsia teh tarik mamak itu....inilah rahsianya...


Pertama, rahsianya, mereka menggunakan campuran lebih 10 jenis daun teh (dlm kuantiti rahsia yg 'diperfectkan' sendiri oleh mereka). Mungkin ia kombinasi teh cap R, S, T, U, V, W, X, Y, Z… (mampukah kita menyediakan ini di rumah??)

Kedua, mereka hanya menggunakan susu pekat manis dan susu cair. Jika suka manis, lebihkan susu pekat manis. Susu cair akan memberikan "buih" bila teh itu ditarik. Ada juga yg mencampurkan sedikit krimer (dlm bentuk serbuk) utk memberikan rasa lemak.

Ketiga, minuman itu dikacau/dibancuh dengan sebatang sudu yg sengaja dicelupkan di dalam sebuah 'kole' berisi air garam! Sudu ini digunakan berulangkali sepanjang hari, dan titisan air garam yg terlekat pada sudu itulah yg memberikan rasa "ummph" atau "kaw" pada teh tersebut....begitulah alkisahnya

haaaaa itulah rahsianyaaa...terima kasih pakcik google


apa kata try buat sendiri teh tarik tu...tarikkkkk tinggi-tinggi kasi buih

sebelum minum jangan lupa baca bismillah

kalau tak sedap juga teh tarik tu sila ke kedai mamak yang berhampiran.


"mamakkk!! teh tarik satuuuuuuuuuu"

"siapp"



sumber: alaf21.com


0 komentar:

Posting Komentar


Top