Senin, 11 Juni 2012

Jauhi perbuatan syirik


SILA AMBIL PERHATIAN.. Kepada teman-teman Facebook, janganlah melibatkan diri dengan sebarang game aplikasi ramalan tentang nasib dan seumpamanya.

"Tahun yang sesuai untuk anda berkahwin".
"Rumah yang sesuai untuk anda".
"Pasangan yang sesuai untuk anda".
"Peratus cinta anda pada si dia".

Ia perbuatan haram serta jalan kepada syirik dan kekufuran. Sekalipun untuk suka-suka. Ini adalah konsep mendatangi rumah tukang ramal cara moden.

Sekadar suka-suka menekan, sama seperti anda mendatangi peramal nasib, dan jika anda mempercayainya sama seperti anda mempercayai peramal nasib.

Nabi dah pesan tentang hal ini.

"Siapa yang mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, tidak akan diterima solatnya 40 hari". [H.R. Muslim]

Analoginya ialah sama dengan menekan butang game aplikasi ramalan dalam Facebook.

"Siapa yang mendatangi tukang ramal dan membenarkan apa yang dikatakannya, maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang dibawa oleh Muhammad s.a.w". [H.R. Abu Daud]

Analoginya ialah sama dengan mempercayai dengan jawapan game aplikasi ramalan tersebut.

- syahirul.com-



http://www.facebook.com/ISLAMAllahMuhammad



0 komentar:

Posting Komentar


Top