Rabu, 16 Mei 2012

Suatu hari di Ampang

ada 3 makhluk merayau-rayau di sekitar Ampang. bila dah penat maka singgahlah makhluk tersebut di sebuah kedai makan.

bila makhluk-makhluk tersebuk duduk mengadap meja maka datanglah seorang pelayan. perempuan. hihi

maka si pelayan pun bertanyalah

"abang nak minum apa?"

jawab makhluk yang pertama bernama Ijam

"bagi teh beng"

makhluk yang kedua dikenali sebagai farhan tanpa sempat ditanya terus bagitau

"sirap bandung ye"

"abang pulak?" tanya si pelayan tadi kpd mahluk yang ketiga

makhluk yang ketiga nih Z namanya

"singo beng"

"err singo beng tu apa bang..teh beng taulah saya, teh ais"

dua ekor makhluk Ijam dan farhan tersengih-sengih

"adik...singo beng tu air limau nipis ais" jelas si Farhan

"ooo baru saya tau. ingatkan air apalah tadi"


korang yang bukan asal kelantan jangan terkejut pulak ek kalau di kedai makan ada terdengar orang oder singo beng...bukan orang tu mintak nak makan singa tapi ia hanya air perahan limau nipis+ais maka terhasillah singo beng..heheheh

0 komentar:

Posting Komentar


Top