Rabu, 30 Mei 2012

Bila tiba cuti sekolah...

sekarang ni sekolah sedang bercutikan..pada masa inilah ramai yang naik pelamin, kenduri kawen sana sini

mengikut laman web jabatan Agama Islam Selangor, mengadakan kenduri kahwin adalah sunnah Rasulullah dan hukumnya adalah sunat muakkad.

Antara hikmah Islam mengalakkan diadakan kenduri kahwin adalah:

~Melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana dapat mendirikan rumah tangga.
~Melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan.
~Mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa pasangan telah menjadi suami isteri yang sah.
~Memberi peluang kepada para tetamu bersuai kenal di samping merapatkan hubungan silaturrahim

Jika diperhatikan amalan dalam masyarakat kita, jarang sekali kedengaran ucapan selamat atau mendoakan pasangan yang baru berkahwin. Apa yang biasa didengar adalah "Selamat Pengantin Baru", "Semoga bahagia hingga ke anak cucu" dan sebagainya.

Sebaliknya Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh doa yang terbaik untuk diamalkan seperti mendoakan kebaikan, keberkatan dan memohon keampunan buat pasangan pengantin serta mendoakan pengantin mendapat berkat yang selayaknya dan kita juga mendapat ganjaran kerana mengamalkan sunnah baginda.

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW jika memberikan ucapan doa kepada pasangan yang berkahwin, baginda berkata

‘Semoga Allah memberikan keberkatan padamu, dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan.' (Riwayat Abu Daud)


ok, selamat pengantin baru kepada Aina Mardhiah dan pasangannya Semoga Allah memberikan keberkatan padamu, dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan

kepada musuh ketat, Husna, telah selamat bertunang dah. tahniah Husz. yeayy!!!


kepak kepong pakk ponggg!!!kompang dipalu....



0 komentar:

Posting Komentar


Top