Minggu, 22 April 2012

Sindrom carpal tunnel

sudah beberapa hari pergelangan tangan kanan aku sakit. sakit sangat. sampai terpaksa telan pain killer.

hari ini Alhamdulillah sakitnya dah beransur baik.

bila aku google rupa-rupanya kesakitan di pergelangan tangan itu ada kemungkinan simpton sindrom carpal tunnel. inginkan kepastian terpaksalah berjumpa dengan doktorlah kan.

apa benda carpal tunnel ni?

Sindrom carpal tunnel terjadi apabila saraf pada pergelangan tangan tersepit.Ini disebabkan oleh terowong yang berada di bahagian tapak tangan sendi pergelangan tangan menjadi semakin sempit.

terowong ini memberi laluan dan perlindungan kepada saraf median ke bahagian tangan dan sembilan tendon lain yang menggerakkan bahagian tangan. tekanan pada saraf ini akan menyebabkannya tidak berfungsi dengan normal serta menimbulkan rasa sakit dan kebas, seterusnya melemahkan bahagian tangan

sindrom ni berkait rapat juga dengan penggunaan komputer. yela, kerja aku hari-hari mengadap pc dan tangan tu terpaksalah tekan-tekan keyboard, picit-pcit mouse ye tak.

yang agak menakutkan juga bila sindrom ni dah teruk dan berlarutan terpaksalah kena operate huhuhuuu

Please take good care of your wrist while using the keyboard and mouse of your computer. Long term repetitive action stress can lead to Carpal Tunnel. You could end up going under a surgery that looks like this:




sebagai langkah pencegahan. amalkan teknik yang betul semasa memegang mouse dan keyboard itu



mencegah lebih baik dari mengubati. ok

0 komentar:

Posting Komentar


Top