Senin, 16 April 2012

Peminat keluar modal hasilkan edisi terhad MP3 lagu Search

Adimus Putra Datuk Mustafa iaitu pemilik Hooray Marketing Sdn Bhd menghasilkan MP3 yang mengandungi 101 lagu kumpulan Search, iaitu daripada album pertama, Cinta Buatan Malaysia, sehinggalah Gothic Malam Edan.

Mp3 ini cukup eksklusif kerana hanya khusus untuk 5000 peminat sahaja kerana ia adalah edisi terhad

Pada sidang media selepas majlis pelancaran yang diadakan di sebuah kelab di G Tower, Kuala Lumpur semalam, vokalis kumpulan itu, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy memberitahu, projek ini bukanlah yang pertama kerana mereka merancang untuk mengeluarkan pelbagai produk yang nilainya mencecah ribuan ringgit

“Selepas ini kami mempunyai perancangan untuk menghasilkan produk premium yang harganya mencecah ribuan ringgit. Kami yakin produk itu mampu dimiliki kerana peminat Search ketika ini sudah berkemampuan dan kebanyakan mereka berjawatan tinggi,” ujarnya yang enggan mendedahkan bentuk produk mahal itu.

Mengulas penghargaan diberikan itu, Amy melahirkan rasa syukur kerana Search masih mempunyai nilai dan berharga di mata peminat walaupun selepas tiga dekad berada dalam industri, serta terpaksa berdepan dengan saingan ramai bakat baru.

Selain mengandungi lagu popular mereka, gajet yang hanya boleh didapati menerusi laman web http://fenomenasearch.com ini juga menampilkan lagu lama yang dinyanyikan semula oleh Amy dengan caranya tersendiri berjudul Kejoraku Bersatu.

Berita menggembirakan yang turut disampaikan mereka dalam sidang media itu ialah Search juga dalam perancangan mengadakan konsert jelajah Fenomena di Indonesia.

“Kertas kerja semuanya sudah diserahkan dan kami kini menunggu maklum balas daripada penganjur di sana,” kata lelaki berusia 53 tahun ini.

0 komentar:

Posting Komentar


Top