Rabu, 07 Maret 2012

Sejarah permusuhan Liverpool FC dengan Manchester United FC

Permusuhan antara dua kelab gergasi ini bermula apabila Manchester yang hanya 50km dari bandar Liverpool membina terusan 'Manchester Ship Canal' pada tahun 1894 yang membuatkan kapal-kapal perdagangan menuju ke Manchester tanpa melalui Liverpool.

keadaan ini menyebabkan ekonomi bandar Liverpool yang terkenal dengan bandar pelabuhan menjadi semakin lesu manakala Manchester terus berkembang dengan industri kapas dan tekstilnya.

perbalahan ini berlanjutan ke sukan bolasepak yang mana perlawanan antara dua kelab ini sentiasa ditunggu oleh kedua-dua penyokong ini kerana ia sentiasa menghadirkan suasana panas dan tegang.

perlawanan pertama Liverpool dan Manchester United adalah pada 28 April 1894. ketika itu Liverpool adalah juara Divisyen 2 tapi tidak menjanjikan kenaikan secara automatik ke Divisyen 1 dan terpaksa menentang pasukan tercorot Divisyen 1 iaitu Newton Heath (kemudiannya di kenali sebagai Manchester United). Liverpool menang 2-0.


Selamat ulang tahun ke 120 THE REDS pada 15 Mac 2012

1892 - 2012

0 komentar:

Posting Komentar


Top