Jumat, 23 Maret 2012

Kenal-kenal dengan Orang Amish

pernah dengar tak tentang orang Amish? siapa mereka sebenarnya? Orang Amish adalah sekelompok manusia yang mengasingkan diri dari dunia luar dan mengamalkan hidup cara lama. Penempatan diorang nih banyak di wilayah Amerika Syarikat dan Ontario Kanada.

Di Amerika Syarikat perkampungan mereka terletak di Ohio, Pennsylvania, Indiana dan New York. mereka ini berketurunan Swiss-Jerman sangat unik kerana menolak kemajuan dan teknologi moden dan kurang bercampur dengan masyarakat umum.

cuba bayangkan di zaman serba moden ini golongan ini hidup seperti 1880an. mereka tak pakai kereta jadi di kampung diorang tak akan jumpa kereta-kereta yang canggih-manggih seperti Ferrari, BMW, Mercedes, Proton jauh sekali. mereka hanya pakai kereta kuda je.
rumah tak ada elektrik, masak menggunakn dapur kayu, menjahit pakaian menggunakan tangan, kain baju pon dibasuh pakai tangan je. mesra alam katanya.


tapi sampai bila hendak menolak semua kemajuan dan kecanggihan teknologi moden. anak-anak remaja mereka sudah mula menggunakan handphone. pendedahan kepada teknologi ini telah membimbangkan golongan tua Amish nih kerana tidak mahu masyarakatnya terdedah kepada dunia luar dan dipengaruhi oleh budaya liar.


diorang ni mengamalkan kepercayaan Kristian Ortodoks dan menggunakan bahasa Jerman, Inggeris untuk berkomunikasi

kegiatan ekonomi masyarakat ini adalah berladang. tenaga haiwan seperti kuda dikerah untuk membajak tanah, memunggah hasil pertanian.kesian pulak kat minatang tu kan. isk

Dari segi pakaian, Kaum wanita bergaun kombinasi biru dan hitam pekat, berkerut di pinggang, memanjang hingga mata kaki, dengan sepatu hitam. Lehernya tertutup, lengan baju menjulur hingga pergelangan. Topi kain berwarna putih menutupi tengah kepala ke belakang, ditalikan di bawah sanggul. Sedangkan kaum lelakinya bertopi hitam, seluar panjang. Seakan-akan dalam sekejap kita sudah mulai terbawa ke suasana abad 18

itulah serba sedikit info tentang Orang Amish. moh kita tengok sekeping dua gambar-gambar masyarakat Amish nih. kalu nak tengok yang real punya korang pergilah ke Amerika sana dan tengoklah sendiri. kalu nak ajak berbual susah sikit sebab diorang kurang mesra dengan orang luar.










0 komentar:

Posting Komentar


Top