Rabu, 23 November 2011

Seronok bekerja

Dalam buku 55 Petua seronok bekerja karya Dato Dr Fadzilah Kamsah ada disentuh mengenai pemberian bonus oleh majikan.

menurut penulis, tujuan utama pemberian bonus bukan semata-mata kerana kita perlu memberikan ganjaran bonus tetapi bagi menggembirakan hati pekerja. oleh itu cara terbaik harus difikirkan bagaimana cara untuk membahagiakn bonus tersebut selain dari memberikan wang tunai.

salah seorang majikan yang kreatif dalam pemberian bonus kepada kakitangannya ialah Dr Jeff Alexander.

siapa Dr Jeff Alexander?

beliau adalah seorang doktor gigi di Youthful Tooth. suatu hari beliau ingin memberi bonus sebanyak $200 kepada kakitangannya. lalu dia terfikir kalau dimasukkan wang bonus itu ke dalam gaji bulanan sudah tentu ia tidak disedari oleh pekerjanya kerana mungkin mereka akan menggunakannya untuk membayar bil, membeli lampin pakai buang atau bermacam perkara lagi yang tidak memberi kenangan berpanjangan.

lalu Dr Jeff mendapat satu idea kreatif. Dia mengarahkan supaya pejabatnya ditutup selama 2 jam pada tengah hari. kemudian dia membawa kesemua 35 orang stafnya ke sebuah kompleks membeli-belah. di situ mereka berkumpul dalam bentuk bulatan dan Dr Jeff kemudiannya memerikan setiap orang sekeping sampul surat beserta bonus $200.

"duit itu bukan duit kamu semua" jelas Dr Jeff

kakitangannya tidak mempunyai apa-apa idea tentang duit itu.

"tetapi apa-apa sahaja barang yang kamu beli daripada sekarang akan jadi milik kamu. peraturannya adalah kamu semua perlu membelanjakan semua wang tadi untuk diri kamu. masa yang diberikan adalah sejam dan kamu mesti membeli sekurang-kurangnya lima jenis barangan. duit baki yang tidak habis dalam masa sejam perlu dikembalikan. kita mulakan sekarang" dr Jeff memberikan penerangan panjang lebar.

pekerjanya seperti terkejut seketika namun kemudiannya bergegas melakukan tugasan yang menyeronokkan itu.


satu idea yang menarik bukan?






(55 Petua Seronok Bekerja - Dato Dr. Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzil Yusuf)

0 komentar:

Posting Komentar


Top