Rabu, 19 Oktober 2011

Motosikal digerak guna taik isk..isk...isk

Sebuah firma tandas di Jepun iaitu Toto telah membangunkan motosikal yang menggunakan najis manusia sebagai sumber kuasa yang boleh bergerak sehingga 80km sejam.

motosikal yang dinamakan toilet Bike Neo itu dicipta bagi membantu mengurangkan asap karbon dioksida sebanyak 6% dalam tempoh enam tahun.

hmmmm ok..masalah asap akan selesai. bagaimana dengan masalah bau. motosikal ini berbau atau tidak???

cuba bayangkan beratus-ratus motosikal berkuasa taik atas jalan raya.....pergghhh semerbak baunya huhuhu

harap-harap ia tidak mengeluarkan baulah ye hehe

motosikal berkenaan juga boleh bercakap dan menulis mesej di udara dengan menggunakan sistem pengimejan cahaya.

Ia kini dipandu uji dalam sesi jelajah sejauh 960km di Jepun dan dijadualkan tiba di Tokyo pada 2 November ini

brader kita kelihatan macho dengan motosikal jambannya huhu

0 komentar:

Posting Komentar


Top