Minggu, 07 Agustus 2011

Dulu-dulu bila puasa je main mercun...besttt

pejam celik pejam celik dah seminggu kita berpuasa. cepat betul masa berlalu. seperti biasala masuk je bulan puasa nih mesti ada yg putus jarikan akibat main mercun. aku dulu pun main gak mercun. best woooooo hehehe tapi tak pernah pulak meletup kat tangan.



aku main mercun yg biasa-biasa je. tak berani wehh nak main mercun yg pelik2



hokay inilah antara mercun yg aku main dulu-dulu. zaman kanak-kanak ribena dulu tu.





ini mercun papan. bila main mercun nih aku suka cucuk kat taik lembu. meletup je sure berterabur taik lembu tu. nasibla kalau kena kat muka ke apa hehe.





ini mercun bawang. best wooo main mercun nih. lagi pun ia tak bahaya cam mercun bola. bunyi pun ayu je peh peh peh camtulah lebih kurang bunyinya hehe.







yang ni pulak mercun katak. best gak nih. mercun ni akan melompat-lompat bila meletup. sebab tu kot ia dipanggil mercun katak.





mercun das ni pulak keluar kaler yg warna-warni. memang cantik. mercun inilah yg paling best buat main perang-perang.





mercun roket ni pulak bila mainnya terasa seolah-olah askar melancar peluru berpandu. pernah sekali aku main mercun ni hampir2 nak masuk kedalam rumah jiran. fuuhhh kalau tak meletup dalam rumah orng.





ini plug moto tpi boleh modified jdi mercun. pernah main tak?? best wa cakap lu. malaslah aku tunjuk cara2 buatnya. cara mainnya ia perlu dilambung dan biar ia jatuh terhentak diatas jalan raya. poMMmm. cuma kena hati2 lambung tu jgn smpai jatuh atas kepala. boleh biol wehh.





bunga api cap kucing ni pon pernah main gak. biasala layan adik2 main. tpi main pon sorok2 sikit takut nampak dek kengkawan sure kena gelak hehe.





(semua gambar dicilok dri lebai google...terima kasih kpd pemiliknya)



ada lagi yg aku main. nak cerita panjang pulak. malas aku nak taip2. korang pon mesti pernah main mercun ye tak ataupun paling kurang pun bunga api. mercun apa yg korang main ek?? cer citer




0 komentar:

Posting Komentar


Top